Pa & Ummi

Pa & Ummi

My - Email

Info Solat

Mutiara Hadith

Friday, February 19, 2010

Logo halal?


   
   
   
       
   
   
    Sebagai orang Islam, kita selalu dicabar dengan makanan-minuman dan barang-barang yang diperbuat oleh orang yang bukan Islam. Oleh kerana mereka tidak memahami erti halal atau haramnya sesuatu makanan atau dengan sengaja tidak mempedulikannya, maka bahan-bahan yang mereka keluarkan kebanyakannya adalah haram atau halalnya meragukan. Misalannya, ayam yang tidak disembelih atau disembelih dengan tidak mengikut cara Islam adalah haram untuk dimakan. Begitu juga jika terdapat binatang ternakan yang diseksa atau tidak dibela dengan baik, maka adalah haram untuk dimakan dagingnya kerana Islam melarang manusia menyeksa makhluk-makhluk Allah SWT termasuk binatang-binatang ternakan. Begitu juga makanan-makanan yang diberikan kepada binatang-binatang ternakan hendaklah halal dan baik. Jangan dicampur dengan "hormone" yang "memaksa" badan mereka membesar dengan cepat atau dicampurkan makanan mereka dengan "anti-biotics" supaya ia tidak terkena penyakit. "Hormone" dan "anti-biotics" yang dicampurkan ke makanan binatang-binatang ternakan seperti ayam dan lembu, akan memberi kesan sampingan yang boleh merosakkan badan (adverse side effects) sekiranya daging mereka dimakan. Untuk mengelakkan daripada memakan daging-daging ayam sebegini, makanlah daging ayam organik, di mana "hormones" dan "anti-biotics" tidak dicampurkan kepada makanan mereka semasa mereka hidup.

Satu dari bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sabun mandi adalah "glycerine" atau "glycerol". Bahan ini diambil dari lemak binatang-binatang. Kita tidak tahu sama ada lemak itu datangnya dari babi atau binatang lain. Sekiranya lemak itu datangnya dari binatang-binatang yang bukan babi, kita pun tidak tahu samada binatang itu disembelih dengan cara Islam atau tidak. Sabun-sabun yang di jual di pasaraya yang mengandungi "glycerine" atau "glycerol" biasanya tidak mempunyai logo halal yang ditulis di atas kertas pembalutnya. Oleh itu jauhkan lah diri daripada membeli sabun-sabun tersebut. Belilah yang ada logo halal kerana sabun yang halal tidak mempunyai bahan "glycerine" atau "glycerol"

Sekiranya kita merasa ragu terhadap sesuatu barang, maka Rasulullah s.a.w. menasihatkan supaya meninggalkan barang itu.

Daripada Abu Muhammad Al-Hassan Bin Ali Bin Abi Thalib cucu Rasulullah s.a.w. dan kesayangannya r.a. Katanya, aku telah menghafal daripada Rasulullah s.a.w., "Tinggalkan barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau." (Riwayat Tirmizi, hassan sahih)

Kalau kita tidak putus dari bersembahyang dan beribadat, maka kita pun tidak putus daripada sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya diberi kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tetapi doa kita tidak akan dimakbulkan sekiranya kita mempunyai perkara-perkara yang haram di dalam badan kita, seperti menggunakan sabun yang haram untuk disapu di badan, memakan binatang ternakan yang haram atau pun menggunakan wang yang haram (daripada wang rasuah, judi dan riba) untuk membeli makanan-minuman serta pakaian.

Daripada Abu Hurairah r.a.katanya, "Rasulullah SAW bersabda:Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan- Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para Rasul, makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun: 51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”( al -Baqarah: 172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”(Riwayat Muslim)

Mungkin selepas ini ramai yang akan bertanya di mana mereka akan dapat membeli barang-barang yang halal, yang tidak ragu akan halalnya, seperti daging ayam organik serta sabun yang halal. Penulis cuma tahu satu saja kedai yang dipunyai dan diuruskan oleh orang-orang Islam yang menjual barang -barang yang halal. Sekiranya saudara-saudari berminat untuk berniaga dengan barang-barang halal ini pun boleh juga. Sila klik di sini untuk keterangan lebih lanjut lagi.

 

No comments:

Post a Comment