Pa & Ummi

Pa & Ummi

My - Email

Info Solat

Mutiara Hadith

Friday, February 19, 2010

Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik

Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik
Oleh:
Tengku Zawawi bin Tengku Zainal


Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. 
                Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARANPEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES DI PULAU PINANG

Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARANPEMBELAJARAN
DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH
MENENGAH: SATU KAJIAN KES DI PULAU PINANG

(COMPUTER USAGE IN TEACHING AND LEARNING AMONG
SECONDARY SCHOOL TEACHERS: A CASE STUDY IN PENANG)

Abdul Wahab Ismail Gani1
Kamaliah Hj. Siarap2
Hasrina Mustafa3



Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka
dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Justeru itu, satu kajian kes dijalankan di tiga buah sekolah menengah Pulau Pinang. Teori Resapan Inovasi dijadikan asas untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 184 responden yang terdiri daripada guru-guru di ketiga-tiga sekolah tersebut. Keputusan kajian mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan perempuan, antara kategori umur dan antara mata pelajaran major yang diajar dari segi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor
tahap pengetahuan, sikap, personaliti, sokongan organisasi dan sifat-sifat inovasi komputer (faedah relatif, kesepadanan, kerumitan,kebolehcubaan dan keteramatan) didapati mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru.

Kata kunci: Penggunaan komputer, Aktiviti pengajaran-pembelajaran,Generasi celik komputer, Sifat inovasi, Perkembangan teknologi














Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di kalangan Pelajar Sains

Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di kalangan Pelajar Sains

KAMISAH OSMAN
ZANATON HAJI IKSAN
LILIA HALIM

ABSTRAK:
Kajian mengenai sikap pelajar terhadap sains mungkin dapat mempamerkan
penjelasan berkaitan masalah pelajar yang sering mengasingkan diri daripada
penglibatan dalam subjek sains. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh
mana sikap terhadap sains dan sikap saintifik di kalangan pelajar berdasarkan
tahap pendidikan mereka. Kajian juga bertujuan untuk melihat perkaitan di
antara sikap terhadap sains dengan sikap saintifik. Seramai 493 pelajar dari
Tingkatan 2, 4 dan Matrikulasi telah menjawab soal selidik mengenai sikap
terhadap sains dan sikap saintifik. Soal selidik mengenai sikap terhadap
sains yang terdiri daripada 48 item adalah bersifat multi-dimensi (iaitu persepsi
terhadap guru sains, kerisauan terhadap sains, kepentingan sains dalam
masyarakat, konsep kendiri dalam sains, keseronokan dalam sains dan
motivasi dalam sains) manakala soal selidik sikap saintifik yang terdiri
daripada 23 item mengukur pemikiran kritikal, penangguhan pengadilan,
persandaran kepada bukti, kejujuran, keobjektifan dan kesediaan untuk
menukar pandangan. Dapatan kajian menunjukkan dimensi sikap pelajar
terhadap konsep kendiri dalam sains dan motivasi dalam sains perlu diberi
lebih perhatian jika dibandingkan dengan dimensi sikap yang lain. Keduadua
dimensi ini juga merupakan peramal kepada penglibatan pelajar dalam
bidang sains seterusnya di peringkat tahap pendidikan tinggi mahupun dalam
kehidupan seharian sebagai ahli masyarakat. Sikap saintifik pelajar mengikut
tahap pendidikan adalah rendah. Keadaan ini membawa implikasi kepada
keperluan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran sains yang lebih
bersifat inkuiri dan ‘hands-on’. Akhir sekali, wujudnya perkaitan positif tapi
lemah di antara sikap saintifik dan sikap terhadap sains di kalangan pelajar
Tingkatan 2 dan Matrikulasi.

KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH

KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH
DAERAH SEGAMAT, JOHOR

PROF. MADYA DR. AZIZI YAHAYA
CHU SIEW PANG

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai Johor

ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alatan
tangan dalam pengajaran dan pembelajarandi Sekolah Menengah Daerah Segamat, Johor.
Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Sampel kajian terdiri
daripada 346 responden yang dipilih dari 5 buah sekolah menengah di Daerah Segamat
yang melibatkan 2 buah sekolah menengah dari kawasan bandar dan 3 buah sekolah
menengah dari kawasan luar bandar. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal
selidik yang mengandungi 40 item soalan. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10
orang responden dari Sekolah Menengah Kamarul Arrifin dan Sekolah Menengah Dato
Bentara Dalam untuk melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai kepercayaan
hasil kajian rintis ialah 0.869. Perisian SPSS telah digunakan untuk menjalankan analisis
statistik. Data analisis menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratusan,
sistem piawai dan ujian-t. Hasil kajian mendapati keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup aspek penggunaan alatan tangan di kalangan guru
Sekolah Menengah di Daerah Segamat, Johor adalah berada pada tahap yang tinggi.
Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kaedah
pengajaran guru, pelajar mengetahui peraturan keselamatan, pelajar mempraktikkan
kemahiran dalam kehidupan harian dan guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan
alatan tangan sewaktu kelas amali di sekolah menengah kawasan bandar dan juga
kawasan luar bandar, Daerah Segamat, Johor.

(katakunci: keberkesanan, pengajaran dan pembelajaran, penggunaan alatan tangan)

Logo halal?


   
   
   
       
   
   
    Sebagai orang Islam, kita selalu dicabar dengan makanan-minuman dan barang-barang yang diperbuat oleh orang yang bukan Islam. Oleh kerana mereka tidak memahami erti halal atau haramnya sesuatu makanan atau dengan sengaja tidak mempedulikannya, maka bahan-bahan yang mereka keluarkan kebanyakannya adalah haram atau halalnya meragukan. Misalannya, ayam yang tidak disembelih atau disembelih dengan tidak mengikut cara Islam adalah haram untuk dimakan. Begitu juga jika terdapat binatang ternakan yang diseksa atau tidak dibela dengan baik, maka adalah haram untuk dimakan dagingnya kerana Islam melarang manusia menyeksa makhluk-makhluk Allah SWT termasuk binatang-binatang ternakan. Begitu juga makanan-makanan yang diberikan kepada binatang-binatang ternakan hendaklah halal dan baik. Jangan dicampur dengan "hormone" yang "memaksa" badan mereka membesar dengan cepat atau dicampurkan makanan mereka dengan "anti-biotics" supaya ia tidak terkena penyakit. "Hormone" dan "anti-biotics" yang dicampurkan ke makanan binatang-binatang ternakan seperti ayam dan lembu, akan memberi kesan sampingan yang boleh merosakkan badan (adverse side effects) sekiranya daging mereka dimakan. Untuk mengelakkan daripada memakan daging-daging ayam sebegini, makanlah daging ayam organik, di mana "hormones" dan "anti-biotics" tidak dicampurkan kepada makanan mereka semasa mereka hidup.

Satu dari bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sabun mandi adalah "glycerine" atau "glycerol". Bahan ini diambil dari lemak binatang-binatang. Kita tidak tahu sama ada lemak itu datangnya dari babi atau binatang lain. Sekiranya lemak itu datangnya dari binatang-binatang yang bukan babi, kita pun tidak tahu samada binatang itu disembelih dengan cara Islam atau tidak. Sabun-sabun yang di jual di pasaraya yang mengandungi "glycerine" atau "glycerol" biasanya tidak mempunyai logo halal yang ditulis di atas kertas pembalutnya. Oleh itu jauhkan lah diri daripada membeli sabun-sabun tersebut. Belilah yang ada logo halal kerana sabun yang halal tidak mempunyai bahan "glycerine" atau "glycerol"

Sekiranya kita merasa ragu terhadap sesuatu barang, maka Rasulullah s.a.w. menasihatkan supaya meninggalkan barang itu.

Daripada Abu Muhammad Al-Hassan Bin Ali Bin Abi Thalib cucu Rasulullah s.a.w. dan kesayangannya r.a. Katanya, aku telah menghafal daripada Rasulullah s.a.w., "Tinggalkan barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau." (Riwayat Tirmizi, hassan sahih)

Kalau kita tidak putus dari bersembahyang dan beribadat, maka kita pun tidak putus daripada sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya diberi kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tetapi doa kita tidak akan dimakbulkan sekiranya kita mempunyai perkara-perkara yang haram di dalam badan kita, seperti menggunakan sabun yang haram untuk disapu di badan, memakan binatang ternakan yang haram atau pun menggunakan wang yang haram (daripada wang rasuah, judi dan riba) untuk membeli makanan-minuman serta pakaian.

Daripada Abu Hurairah r.a.katanya, "Rasulullah SAW bersabda:Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan- Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para Rasul, makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun: 51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”( al -Baqarah: 172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”(Riwayat Muslim)

Mungkin selepas ini ramai yang akan bertanya di mana mereka akan dapat membeli barang-barang yang halal, yang tidak ragu akan halalnya, seperti daging ayam organik serta sabun yang halal. Penulis cuma tahu satu saja kedai yang dipunyai dan diuruskan oleh orang-orang Islam yang menjual barang -barang yang halal. Sekiranya saudara-saudari berminat untuk berniaga dengan barang-barang halal ini pun boleh juga. Sila klik di sini untuk keterangan lebih lanjut lagi.

 

Emulsi lemak babi dalam keropok?

Perhatikan kod kandungan bahan-bahan...pasti anda terkejut!!

Coca Cola ada ekstrak khinzir?